Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
51. Penyerahan balik lesen secara sukarela
Feedback & supportSuatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya boleh memohon untuk menyerah balik lesennya secara sukarela dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh menyerah balik lesennya atas usahanya sendiri dengan menyampaikan lesen itu kepada Pendaftar bersama suatu notis bertulis mengenai penyerahan lesen itu.
Penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa setelah mendapat suatu kelulusan bertulis oleh
Suruhanjaya.
Penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa empat belas hari daripada tarikh Pendaftar menerima lesen dan notis bertulis itu atau mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Setelah penyerahan balik lesen di bawah seksyen ini, tiada bayaran balik bagi apa-apa fi yang telah dibayar oleh pemberi kredit berlesen itu.