Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
50. Pembatalan atau penggantungan lesen
Feedback & supportSesuatu lesen yang diberikan kepada suatu pemberi kredit di bawah seksyen 42 hendaklah disifatkan telah dibatalkan jika perniagaan kreditnya telah digulungkan atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membatalkan suatu lesen atas mana-mana alasan yang berikut:
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 41, telah diberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemberi kredit berlesen itu tidak atau telah tidak mematuhi—
mana–mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan atau ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
mana–mana syarat yang berkenaan dengan lesennya;
atau
ia adalah demi kepentingan pengguna kredit atau awam untuk berbuat sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 56
Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika ia berpendapat perlu untuk berbuat sedemikian—
menggantung lesen itu bagi suatu tempoh tertentu; dan
pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan lesen itu.