Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
266. Perekodan keterangan dalam kes saman
Feedback & supportDalam kes saman yang dibicarakan di hadapan seorang
Majistret, Majistret itu hendaklah, semasa pemeriksaan setiap saksi dijalankan, membuat suatu catatan mengenai isi yang dideposkan oleh saksi itu, dan catatan itu hendaklah ditulis oleh Majistret itu dengan tangannya sendiri dalam tulisan yang mudah dibaca dan hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.
Jika Majistret itu terhalang daripada membuat suatu catatan sebagaimana yang dikehendaki dalam subseksyen (1), dia hendaklah merekodkan sebab ketidakupayaannya untuk berbuat demikian dan hendaklah menyebabkan catatan itu dibuat secara bertulis daripada rencananya dalam mahkamah terbuka dan hendaklah menandatangani catatan itu, dan catatan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.