Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
272A. Orang lain boleh dibenarkan untuk mengambil nota keterangan
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh menghalang seseorang
Hakim atau Majistret dalam sesuatu siasatan atau perbicaraan menyebabkan diambil catatan kata demi kata oleh seorang lain mengenai apa yang dideposkan oleh setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa catatan mengenai isi apa yang dideposkan itu yang boleh dibuat atau diambil oleh Hakim atau Majistret itu sendiri; dan catatan sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.