Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
269. Pembacaan keterangan dan pembetulan
Feedback & supportKeterangan setiap saksi yang diambil dalam siasatan di bawah Bab XI hendaklah dibacakan kepadanya di hadapan dan dalam pendengaran tertuduh, jika hadir, atau di hadapan dan dalam pendengaran peguam belanya, jika dia hadir melalui peguam belanya, dan hendaklah dibetulkan jika perlu.
Jika saksi itu menafikan betulnya mana-mana bahagian dalam keterangan itu apabila keterangan itu dibacakan kepadanya, Majistret yang menjalankan perbicaraan itu boleh, sebagai ganti pada membetulkan keterangan itu, membuat suatu memorandum atasnya mengenai bantahan yang dibuat terhadapnya oleh saksi itu, dan hendaklah menambahkan apa-apa ulasan yang difikirkannya perlu.
Keterangan yang diambil sedemikian hendaklah diterjemahkan kepada saksi itu, jika perlu, dalam bahasa yang keterangan itu diberikan atau dalam bahasa yang difahaminya.
Apabila keterangan itu telah dibacakan kepada saksi itu dan tiap-tiap pembetulan, jika ada, yang diminta olehnya telah dibuat atau dicatatkan, saksi itu hendaklah menandatangani deposisi itu dengan tandatangannya, dan sekiranya dia enggan berbuat demikian, Majistret itu hendaklah merekodkan keengganan itu.
Kanun Tatacara Jenayah 171
Apabila sesuatu deposisi telah dibacakan kepada seseorang saksi dan diakui betul, Majistret itu hendaklah melampirkan kepada keterangan saksi itu suatu perakuan yang ditandatangani dengan tandatangannya atau tandatangan ringkasnya yang bermaksud seperti yang berikut:
“Telah dibacakan (dan diterjemahkan) kepada saksi di hadapan dan dalam pendengaran tertuduh dan telah diakui betul oleh saksi.”.
Ketiadaan perakuan sedemikian dalam sesuatu deposisi tidak menjadi suatu galangan terhadap penerimaan deposisi itu sebagai keterangan dalam apa-apa kes yang dalamnya deposisi itu dihasratkan untuk dikemukakan sebagai keterangan jika dibuktikan oleh keterangan lain bahawa kehendak lain seksyen ini pada hakikatnya telah dipatuhi.