Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
272E. Prosiding boleh direkodkan dengan cara mekanikal atau gabungan cara mekanikal dan kaedah lain
Feedback & supportSeseorang Hakim atau Majistret hendaklah mempunyai budi bicara untuk mengarahkan supaya apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah direkodkan, keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa cara mekanikal atau gabungan apa-apa cara mekanikal.
Jika mana-mana Hakim atau Majistret mengarahkan supaya apa-apa prosiding direkodkan dengan apa-apa cara mekanikal, Hakim atau Majistret itu hendaklah memuaskan hatinya tentang kecekapan dan keupayaan fungsional cara mekanikal itu dan bahawa cara mekanikal yang digunakan bagi merekod berfungsi dengan baik bagi maksud memastikan bahawa rakaman elektronik bagi prosiding itu jelas dan tepat.
Walaupun apa-apa prosiding sedang direkodkan dengan apa-apa cara mekanikal, Hakim atau Majistret boleh—
menggunakan apa-apa kaedah lain bagi mengambil dan merekodkan keterangan; dan
pada bila-bila masa, mengarahkan supaya rakaman itu dihentikan dan supaya rakaman prosiding itu diteruskan dengan apa-apa cara mekanikal lain atau apa-apa kaedah lain bagi mengambil dan merekodkan keterangan.
176
Undang-Undang Malaysia
Jika Hakim atau Majistret membuat suatu perintah bahawa mana-mana keterangan yang dikemukakan tidak boleh diterima atau tidak relevan dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada rekod prosiding, dia boleh mengarahkan supaya rekod elektronik bagi keterangan itu dipadamkan atau selainnya ditinggalkan daripada rekod prosiding itu.