Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
272D. Tafsiran bagi maksud Bab ini
Feedback & supportDalam Bab ini—
“rekod elektronik” ertinya apa-apa rekod yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal yang disimpan di dalam apa-apa kelengkapan, peranti, perkakas atau perantara atau apa-apa bentuk penyimpanan yang lain seperti cakera, pita, filem, runut bunyi, dan termasuklah suatu pereplikaan rakaman itu ke suatu kelengkapan, peranti, perkakas atau perantara penyimpanan yang berasingan atau apa-apa bentuk penyimpanan yang lain;
“cara mekanikal” termasuklah apa-apa kelengkapan, peranti, perkakas atau perantara yang dikendalikan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal; dan
Kanun Tatacara Jenayah 175
“prosiding” termasuklah apa-apa perbicaraan, siasatan, rayuan atau semakan, atau mana-mana bahagiannya, apa-apa permohonan, penghakiman, keputusan, perintah, arahan, ucapan, penghujahan dan apa-apa perkara lain yang dilakukan atau dikatakan oleh atau di hadapan sesuatu
Mahkamah, termasuk perkara yang berhubungan dengan tatacara.
Suatu sebutan mengenai Hakim dalam Bab ini hendaklah menjadi sebutan mengenai Hakim Mahkamah Khas, Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau Mahkamah
Sesyen, mengikut mana-mana yang berkenaan.