Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
272H. Section 272H
Feedback & supportJika dikehendaki oleh undang-undang bahawa apa-apa pernyataan, keterangan atau deposisi mana-mana orang atau saksi dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang atau saksi itu, atau bahawa mana-mana pernyataan, keterangan atau deposisi itu diubah ke dalam bentuk bertulis atau diambil secara bertulis dan ditandatangani, atau terdapat apa-apa tatacara lain yang sama kesannya, adalah cukup bagi segala maksud jika pernyataan, keterangan atau deposisi itu direkodkan dan ditranskripsikan mengikut Bab ini.
Walaupun mana-mana pernyataan, keterangan atau deposisi telah direkodkan dan ditranskripsikan di bawah subseksyen (1), transkrip pernyataan, keterangan atau deposisi itu boleh dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang atau saksi yang membuat pernyataan, keterangan atau deposisi itu mengikut seksyen 269.
178
Undang-Undang Malaysia