Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXV · Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan
272C. Pemakaian Bab ini
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan yang terkandung dalam Bab XXV atau mana-mana peruntukan lain dalam Kanun ini, atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, yang memperkatakan kaedah mengambil dan merekodkan keterangan, apa-apa cara mekanikal boleh digunakan bagi merekodkan mana-mana prosiding di hadapan
Mahkamah Khas, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan
Mahkamah bagi Kanak-Kanak dan jika cara mekanikal digunakan, peruntukan Bab ini hendaklah terpakai.