Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
396. Keterangan orang yang tidak dipanggil sebagai saksi
Feedback & supportJika terdapat kemungkinan bahawa—
kehadiran seseorang yang akan memberikan keterangan tidak dapat diperoleh tanpa suatu kelengahan atau perbelanjaan yang dalam hal keadaan kes itu didapati oleh
Mahkamah tidak munasabah; atau
seseorang yang akan memberikan keterangan boleh menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan,
Pendakwa Raya boleh membuat permohonan lisan kepada Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu bagi orang itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu bagi maksud merekodkan keterangan orang itu atas sumpah.
Mahkamah hendaklah, atas permohonan sedemikian dibuat, mengeluarkan suatu saman atau perintah bagi kehadiran orang itu, jika orang itu berada di bawah jagaan, yang ditujukan kepada orang yang menjaga tempat yang orang itu ditempatkan, yang menghendakinya untuk membawa orang itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.
Mahkamah hendaklah merekodkan keterangan orang itu dan menyelesaikan perekodan itu dalam masa tujuh hari dari tarikh orang itu dibawa ke hadapannya.
Semasa merekodkan keterangan orang di bawah subsekyen (3), orang itu hendaklah diperiksa mengikut Akta Keterangan 1950.
Kanun Tatacara Jenayah 247
Mahkamah hendaklah menyebabkan keterangan itu diubah ke dalam bentuk bertulis.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Kanun ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, keterangan yang direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dan berat yang diletakkan pada keterangan itu hendaklah sama seperti berat yang diletakkan pada keterangan seorang saksi yang hadir dan memberikan keterangan dalam perjalanan sesuatu prosiding.