Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
397. Deposisi saksi perubatan
Feedback & supportMahkamah Tinggi jika berpuas hati bahawa kesulitan besar akan selainnya berlaku boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan deposisi seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan atau saksi perubatan lain yang telah diambil dan diaku saksi oleh seorang Majistret di hadapan tertuduh supaya diberikan sebagai keterangan dalam mana-mana perbicaraan di hadapan Mahkamah itu walaupun deponen itu tidak dipanggil sebagai seorang saksi.