Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
402C. Bukti melalui pengakuan formal
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, dan tertakluk pada peruntukan seksyen ini, apa-apa fakta yang keterangan lisan boleh diberikan dalam mana-mana prosiding jenayah boleh diterima bagi maksud prosiding itu oleh atau bagi pihak Pendakwa
Raya atau tertuduh dan pengakuan oleh mana-mana pihak ke atas apa-apa fakta sedemikian di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad terhadap pihak itu dalam prosiding itu bagi fakta yang diterima itu.
Sesuatu pengakuan di bawah seksyen ini—
boleh dibuat sebelum atau semasa prosiding dan hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak;
jika dibuat selain dalam Mahkamah, hendaklah secara bertulis;
jika dibuat secara bertulis oleh seseorang individu, hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya dan, jika dibuat sedemikian oleh suatu pertubuhan perbadanan, hendaklah berupa sebagai ditandatangani oleh seorang pengarah atau pengurus, atau setiausaha atau kerani, atau mana-mana pegawai lain seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu;
256
Undang-Undang Malaysia
jika dibuat bagi pihak tertuduh yang merupakan seorang individu, hendaklah dibuat oleh peguam belanya;
jika dibuat pada mana-mana peringkat sebelum perbicaraan oleh tertuduh yang merupakan seorang individu, hendaklah diluluskan oleh peguam belanya (sama ada pada masa ia dibuat atau kemudiannya) sebelum atau semasa prosiding berkenaan.
Sesuatu pengakuan di bawah seksyen ini bagi maksud apa-apa prosiding yang berhubungan dengan apa-apa perkara hendaklah dikira sebagai suatu pengakuan bagi maksud apa-apa prosiding jenayah yang berikutnya yang berhubungan dengan perkara itu (termasuk apa-apa rayuan atau perbicaraan).
Sesuatu pengakuan di bawah seksyen ini boleh dengan kebenaran Mahkamah ditarik balik dalam prosiding itu bagi maksud yang ia dibuat atau apa-apa prosiding jenayah yang berikutnya yang berhubungan dengan perkara yang sama.