Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
399. Laporan orang tertentu
Feedback & supportApa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen
mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisis olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan yang ditandatangani oleh Pendaftar Penjenayah mengenai apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan cap jari yang telah dikemukakan kepadanya bagi laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam mana-mana siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini melainkan jika orang atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi—
248
Undang-Undang Malaysia
oleh Mahkamah; atau
oleh tertuduh, yang dalam kes itu tertuduh itu hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu:
Dengan syarat sentiasa bahawa dalam apa-apa kes yang Pendakwa
Raya berniat untuk memberikan mana-mana laporan itu sebagai keterangan, dia hendaklah menyerahkan suatu salinan laporan itu kepada tertuduh itu tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Yang berikut ialah orang yang baginya peruntukan seksyen ini terpakai:
pegawai Institut Penyelidikan Perubatan;
*Pegawai Perubatan Kerajaan;
ahli kimia yang bekerja dalam penggajian mana-mana
Kerajaan di Malaysia atau Kerajaan Singapura;
mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai seorang Pemeriksa
Dokumen;
Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia; dan
mana-mana orang atau golongan orang yang baginya telah diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta bahawa peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai.
*CATATAN—Pegawai Perubatan Angkatan Tentera hendaklah dikira sebagai Pegawai Perubatan
Kerajaan bagi maksud siasatan mengenai kematian dan keterangan di bawah Kanun Tatacara Jenayah—
lihat P.U. 198/1952.
Kanun Tatacara Jenayah 249
Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar
Penjenayah adalah menurut Kanun ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat dengan ditandatangani sendiri oleh mereka.