Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
400. Bagaimana sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan
Feedback & supportDalam mana-mana siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini, sesuatu sabitan atau pembebasan terdahulu atau sesuatu perintah yang mengarahkan mana-mana orang supaya berada di bawah pengawasan polis boleh dibuktikan sebagai tambahan kepada apa-apa kaedah lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa—
melalui suatu cabutan yang diperakukan yang ditandatangani oleh pegawai yang mempunyai jagaan ke atas rekod Mahkamah sama ada di Malaysia atau Republik
Singapura yang sabitan atau pembebasan itu telah dibuat sebagai suatu salinan hukuman atau perintah itu; atau
dalam hal sesuatu sabitan, sama ada melalui suatu perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang menjaga penjara di
Malaysia atau Republik Singapura yang hukuman atau mana-mana bahagian daripadanya telah dikenakan, atau melalui pengemukaan waran pengkomitan yang menurutnya hukuman itu telah dijalani, bersama dengan, dalam setiap hal itu, keterangan tentang identiti orang tertuduh dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan sedemikian.
Sekiranya pegawai yang menjaga mana-mana penjara menyatakan dalam mana-mana perakuan yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat pada perakuan itu ialah cap jari orang
Kanun Tatacara Jenayah 251
yang dimaksudkan oleh perakuan itu, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan sedemikian.
Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan sabitan dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai yang menjaga mana-mana penjara di Malaysia atau Republik Singapura, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang olehnya dokumen itu berupa sebagai ditandatangani ialah, pada masa dokumen itu ditandatangani olehnya, pegawai yang menjaga penjara yang disebut dalam dokumen itu.