Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
402B. Bukti melalui pernyataan bertulis
Feedback & supportDalam mana-mana prosiding jenayah, suatu pernyataan bertulis oleh mana-mana orang boleh, tertakluk pada syarat yang terkandung dalam subseksyen (2), diterima sebagai keterangan pada
Kanun Tatacara Jenayah 253
takat yang sama dengan keterangan lisan yang sama kesannya dengan yang diberikan oleh orang itu.
Sesuatu pernyataan boleh dikemukakan sebagai keterangan di bawah subseksyen (1) jika—
pernyataan itu berupa sebagai ditandatangani oleh orang yang membuatnya;
pernyataan itu mengandungi suatu akuan oleh orang itu yang bermaksud bahawa ia adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya; dan
suatu salinan pernyataan itu disampaikan, oleh atau bagi pihak pihak yang bercadang untuk mengemukakannya, kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu tidak lewat daripada empat belas hari sebelum permulaan perbicaraan itu melainkan jika pihak-pihak itu bersetuju selainnya.
Walau apa pun perenggan (2)(c), sesuatu pihak yang bercadang untuk mengemukakan suatu pernyataan sebagai keterangan di bawah subseksyen (1) tidak boleh menyampaikan pernyataan itu kepada mana-mana pihak lain dalam prosiding itu jika pihak-pihak dalam prosiding itu bersetuju sebelum atau semasa prosiding itu bahawa pernyataan itu hendaklah dikemukakan sedemikian.
Jika pernyataan yang dicadangkan untuk dikemukakan sebagai keterangan di bawah subseksyen (1)—
dibuat oleh seseorang yang tidak boleh membaca, pernyataan itu hendaklah dibacakan dan dijelaskan kepadanya sebelum dia menandatanganinya dan pernyataan itu hendaklah disertakan dengan suatu akuan berkanun yang dibuat di bawah *Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783] oleh orang yang membaca pernyataan itu yang membawa maksud bahawa ia telah dibacakan dan dijelaskan sedemikian; atau
*CATATAN—Akta 783 mula-mula diperbuat sebagai Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta No. 20 tahun 1960] dan telah disemak sebagai Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] dan kemudiannya telah disemak sebagai Akta 783 m.b.p. 17 November 2016.
254
Undang-Undang Malaysia
merujuk kepada apa-apa dokumen atau objek lain sebagai ekshibit, salinan yang disampaikan kepada mana-mana pihak lain dalam prosiding itu di bawah perenggan (2)(c)
hendaklah disertakan dengan suatu salinan dokumen itu atau suatu gambar objek itu dan apa-apa maklumat sebagaimana yang perlu bagi membolehkan pihak yang kepadanya ia disampaikan memeriksa dokumen atau objek itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika tidak suai manfaat untuk berbuat demikian.
Walaupun pernyataan bertulis seseorang boleh diterima sebagai keterangan menurut kuasa seksyen ini—
pihak yang olehnya atau yang bagi pihaknya suatu salinan pernyataan itu telah disampaikan boleh memanggil orang yang membuat pernyataan itu untuk memberikan keterangan tambahan yang boleh termasuk perkara yang tidak terkandung dalam pernyataan itu; dan
pembuat pernyataan itu hendaklah menghadiri perbicaraan bagi pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula, jika diminta sedemikian.
Sekian banyak mana-mana pernyataan yang diterima sebagai keterangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, dibacakan dengan jelas dalam perbicaraan itu dan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian, suatu penerangan hendaklah diberikan secara lisan ke atas sekian banyak mana-mana pernyataan yang tidak dibaca dengan jelas.
Mana-mana dokumen atau objek yang disebut sebagai suatu ekshibit dan dikenal pasti dalam suatu pernyataan bertulis yang diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini hendaklah dikira seolah-olah ia telah dikemukakan sebagai suatu ekshibit dan dikenal pasti dalam Mahkamah oleh pembuat pernyataan itu.
Sesuatu dokumen yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan—
Kanun Tatacara Jenayah 255
dengan menyerahkan dokumen itu kepada orang itu sendiri atau kepada peguam belanya; atau
dalam hal suatu perbadanan, dengan menyerahkan dokumen itu kepada setiausaha atau pegawai lain seumpamanya bagi perbadanan itu di alamat berdaftar atau pejabat utamanya atau dengan menghantar dokumen itu melalui pos berdaftar yang ditujukan kepada setiausaha atau pegawai lain seumpamanya bagi perbadanan itu di pejabat itu.