Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
401. Perekodan keterangan tanpa kehadiran tertuduh
Feedback & supportJika dibuktikan bahawa seseorang tertuduh telah tidak menghadirkan dirinya sehingga tiada kemungkinan untuk menangkapnya dengan segera, Mahkamah yang berwibawa untuk membicarakan orang itu atas kesalahan yang diadukan itu boleh, tanpa kehadiran orang itu, memeriksa saksi, jika ada, yang dikemukakan bagi pihak pendakwaan dan merekodkan deposisi saksi itu.
Mana-mana deposisi sedemikian boleh, apabila orang itu ditangkap, diberikan sebagai keterangan terhadapnya dalam perbicaraan bagi kesalahan yang atasnya dia dipertuduh, jika deponen itu mati atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa suatu kelengahan, perbelanjaan atau kesulitan yang dalam hal keadaan kes itu menjadi tidak munasabah.
Jika didapati bahawa sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan telah dilakukan oleh seseorang atau orang yang tidak diketahui, Mahkamah Majistret Kelas
Pertama boleh mengadakan suatu siasatan dan memeriksa mana-mana saksi yang boleh memberikan keterangan berkenaan dengan kesalahan itu. Apa-apa deposisi yang diambil sedemikian boleh diberikan sebagai keterangan terhadap mana-mana orang yang kemudiannya dituduh atas kesalahan itu jika deponen itu mati atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau berada di luar had Malaysia.
252
Undang-Undang Malaysia