Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

41. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a)

bahawa pemegang lesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesennya, hanya menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan pelancongan yang dinyatakan dalam lesen itu; dan

(b)

bahawa pemegang lesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan penggunaan kenderaan pelancongan itu termasuk—

(i)

kelakuan pemandu kenderaan pelancongan;

(ii)

langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain, termasuk bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas kenderaan pelancongan itu;

(iii)

jenis dokumen dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat untuk dibawa atau dipamerkan pada setiap kenderaan pelancongan, dan yang boleh diperiksa; dan

(iv)

kehendak bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod tertentu, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(iii).

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini.

(3)

Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules