Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
36. Kehendak bagi lesen
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan suatu perniagaan kenderaan pelancongan kecuali suatu syarikat yang dilesenkan sebagai pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 dan yang memegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah
Bab ini berkenaan dengan setiap kenderaan pelancongan yang digunakan dalam perniagaan kenderaan pelancongan itu.
Seseorang boleh menjadi pemegang dua atau lebih lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan pelancongan atau kelas kenderaan pelancongan yang ditetapkan.
Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.