Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
51. Kehendak bagi lesen pengendali
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan dengan menggunakan suatu kelas kenderaan barangan bagi membawa barangan—
bagi sewa atau upah; atau
bagi atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan, melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
Bagi maksud Bab ini, seseorang disifatkan mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan jika dia—
menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan dengan sendiri;
atau
mengambil kerja seorang atau lebih untuk menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan, untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, dan—
dia mempunyai kenderaan barangan itu; atau
dia bertanggungjawab, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan barangan tersebut untuk menguruskan, menyenggarakan atau mengendalikan kenderaan barangan itu.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hanya memberi hak kepada pemegang lesen pengendali untuk mengendalikan atau menggunakan satu kelas kenderaan barangan.
Seseorang boleh memegang satu lesen pengendali atau lebih yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan barangan atau kelas kenderaan barangan yang ditetapkan.
Tertakluk pada subseksyen (5), seseorang, selain suatu syarikat atau perbadanan, yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tertakluk pada subseksyen (5), sesuatu syarikat atau perbadanan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.