Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
43. Pembaharuan lesen
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pemegang lesen di bawah Bab ini yang memuaskan hati Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen itu, ia telah dengan sah dan berterusan mengadakan dengan cara yang memadai dan cekap suatu perkhidmatan kenderaan pelancongan mengikut terma dan syarat lesen itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan yang lain bagi lesen untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah diadakan oleh pemegang lesen itu.
Tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pemegang lesen itu, memperbaharui lesen itu atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.
Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.
Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat.