Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
45. Pembatalan atau penggantungan lesen
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu tidak dipatuhi;
jika pengeluaran lesen itu telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen itu;
Pengangkutan Awam Darat 69
sekiranya berlaku likuidasi pemegang lesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perkhidmatan kenderaan pelancongan pemegang lesen itu; atau
jika ia berpuas hati bahawa kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah
Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 42(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.
Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan di bawah
Akta Industri Pelancongan 1992, lesen yang dikeluarkan di bawah Bab
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibatalkan mulai dari tarikh pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan.
Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen untuk memberitahu
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu, dan mengembalikan lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengikut subseksyen (5).
Jika suatu lesen—
telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat; atau
telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.