Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
47. Larangan menggunakan kenderaan pelancongan yang tidak dilesenkan
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menggunakan suatu kenderaan motor atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan motor digunakan sebagai kenderaan pelancongan melainkan jika berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau selainnya mengikut lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan pada lesen itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.