Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

57. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan kenderaan barangan daripada kelas kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan

(b)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat, termasuk—

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(i)

bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh digunakan di kawasan yang dinyatakan atau antara kawasan yang dinyatakan atau dalam masa yang dinyatakan;

(ii)

bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh dikendalikan di dalam kawasan selain kawasan yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan;

(iii)

bahawa hanya kelas atau perihalan barangan tertentu hendaklah atau tidak boleh dibawa;

(iv)

bahawa hanya kelas atau perihalan barangan tertentu hendaklah atau tidak boleh dibawa;

(v)

bahawa caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan barangan dan caj bagi demuraj kenderaan barangan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat;

(vi)

bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan;

(vii)

bahawa barangan berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau yang busuk hendaklah dibawa mengikut cara yang dinyatakan dan langkah berjaga-jaga yang dinyatakan hendaklah diambil berhubung dengan pembawaan barangan sedemikian;

(viii)

kelakuan pemandu dan kelindan kenderaan barangan itu;

(ix)

sama ada terdapat, dan jika sedemikian, bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas setiap kenderaan barangan itu;

(x)

langkah untuk melindungi keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan dan pengguna jalan yang

Pengangkutan Awam Darat 79

lain termasuk, cara dan masa memuatkan dan memunggahkan barangan di jalan;

(xi)

jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan barangan, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;

(xii)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1) (b)(xi); dan

(xiii)

kehendak bahawa setiap kenderaan barangan disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.

(3)

Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada seorang pun boleh menggunakan suatu kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan barangan untuk digunakan bagi membawa penumpang, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah

Bab ini yang membenarkan penggunaan sedemikian dan ia hendaklah mengikut mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules