Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
37. Permohonan bagi lesen
Feedback & supportSesuatu permohonan bagi lesen di bawah Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh
Pengangkutan Awam Darat 63
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas diterimanya permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon itu supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang difikirkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—
borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau silap perihalan;
borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.