Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

52. Permohonan bagi lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah

Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2)

Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat maklumat yang berikut berhubungan dengan permohonan itu:

(a)

maklumat lengkap mengenai butiran laluan yang berhubungan dengan permohonan itu;

(b)

suatu surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengenai penggunaan perhentian atau

Pengangkutan Awam Darat 75

kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;

(c)

suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;

(d)

kelas dan bilangan maksimum kenderaan barangan daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;

(e)

kadar atau struktur kadar dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan bagi membawa barangan dengan kenderaan barangan itu; dan

(f)

apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—

(a)

borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau salah perihalan;

(b)

borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;

(c)

pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat; atau

(d)

permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules