Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

175. Hak konservator ke atas buku, rekod, akaun atau dokumen lain orang terjejas

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (3), tiada seorang pun berhak berbanding dengan konservator—

(a)

untuk menyimpan dalam milikan buku, rekod, akaun atau dokumen lain orang terjejas; atau 200

Undang-Undang Malaysia

(b)

untuk menuntut atau menguatkuasakan suatu lien ke atas buku, rekod, akaun atau dokumen lain orang terjejas.

(2)

Konservator boleh memberikan notis kepada seseorang berhubung dengan buku, rekod, akaun atau dokumen lain orang terjejas dan orang itu hendaklah menyerahkan kepada konservator buku, rekod, akaun atau dokumen lain yang disebut dalam notis itu yang ada dalam milikannya.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai berhubung dengan mana-mana buku, rekod, akaun atau dokumen lain—

(a)

yang berhak dimiliki oleh seorang pemiutang bercagar orang terjejas melainkan jika disebabkan oleh suatu lien;

atau

(b)

orang terjejas yang ditahan oleh mana-mana badan kawal selia, tetapi konservator itu berhak untuk memeriksa dan membuat salinan buku, rekod, akaun atau dokumen lain itu.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules