168. Tugas am konservator
Feedback & support(1)
Tanpa menjejaskan seksyen 173, 175 dan 176, konservator hendaklah, selepas pelantikannya, mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya semua aset yang kepadanya orang terjejas berhak atau ternyata berhak.
(2)
Konservator hendaklah menguruskan aset, urusan dan hal ehwal orang terjejas—
(a)
pada bila-bila masa sebelum kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 185, mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Perbadanan;
dan
(b)
pada bila-bila masa selepas kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 185, mengikut cadangan itu sebagaimana yang diubahsuaikan dari semasa ke semasa mengikut seksyen 187.