Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

172. Pampasan

Feedback & support
(1)

Jika mahkamah mendapati seseorang bersalah bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 171(2) dan mahkamah berpuas hati bahawa orang terjejas atau seorang yang lain telah menanggung kerugian atau kerosakan kerananya, mahkamah boleh memerintahkan orang yang melakukan kesalahan itu supaya membayar pampasan kepada orang yang telah menanggung kerugian atau kerosakan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) konservator boleh memulakan prosiding guaman terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan kembali aset orang terjejas atau pampasan sebagai gantinya.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules