182. Keutamaan tidak wajar
Feedback & support(1)
Dengan pelantikan konservator, apa-apa pindahan, gadai janji, penyempurnaan, penahanan, obligasi, penyelesaian, gadaian, penyerahhakan, penghantaran barangan, bayaran atau perbuatan lain yang berhubungan dengan apa-apa aset yang dibuat, ditanggung oleh atau terhadap orang terjejas yang akan menjadi batal atau boleh batal jika dalam keadaan orang terjejas digulung di bawah Akta Syarikat 2016, bolehlah dielakkan atau didapatkan oleh konservator itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), jika sebutan dibuat dalam Akta
Syarikat 2016 mengenai suatu tarikh bagi maksud untuk menentukan kesan penggulungan ke atas transaksi yang disebut dalamnya, tarikh itu hendaklah menjadi tarikh pelantikan konservator.