167. Kuasa am konservator
Feedback & supportSeorang konservator hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
kuasa untuk menukar lokasi pejabat berdaftar orang terjejas;
kuasa untuk menggunakan meterai perbadanan orang terjejas;
kuasa untuk melakukan segala perbuatan dan menyempurnakan atas nama dan bagi pihak orang terjejas apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 193
kuasa untuk melantik mana-mana ejen untuk melakukan apa-apa urusan yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh konservator atau yang boleh dilakukan dengan lebih mudah oleh seseorang ejen dan kuasa untuk mengambil kerja dan memecat pegawai dan pekerja hubung dengan orang terjejas;
kuasa untuk menubuhkan subsidiari orang terjejas;
kuasa untuk memindahkan kepada subsidiari orang terjejas semua atau mana-mana bahagian aset orang terjejas;
kuasa untuk mengambil dan mengekalkan insurans berkenaan dengan aset orang terjejas;
kuasa untuk mengambil milikan, mengumpul dan mendapatkan aset orang terjejas dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding sebagaimana yang suai manfaat kepada konservator;
kuasa untuk menjual atau selainnya melupuskan aset orang terjejas secara lelongan awam atau kontrak persendirian;
kuasa untuk memberikan atau menerima suatu penyerahan balik pajakan atau penyewaan aset orang terjejas, dan untuk mengambil pajakan atau penyewaan apa-apa aset yang dikehendaki atau sesuai untuk aset orang terjejas;
kuasa untuk membuat semua benda, termasuk menjalankan kerja, sebagaimana yang perlu bagi pengurusan dan penghasilan aset, urusan dan hal ehwal orang terjejas;
kuasa untuk mendapatkan wang, meminjam wang atau memberi cagaran baginya ke atas aset orang terjejas;
kuasa untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak orang terjejas;
194
Undang-Undang Malaysia
kuasa untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal orang terjejas yang belum dipanggil;
kuasa untuk membuat apa-apa bayaran yang diperlukan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya;
kuasa untuk menjalankan urusan orang terjejas;
kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi dan menjalankan apa-apa kuasa, yang orang terjejas, mana-mana pengarah atau pegawainya boleh melaksanakan atau menjalankan sekiranya seorang konservator tidak dilantik;
kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah orang terjejas, sama ada untuk mengisi suatu kekosongan atau sebagai mana-mana pengarah tambahan;
kuasa untuk melantik seorang peguam cara, akauntan atau orang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya berhubung dengan orang terjejas;
kuasa untuk memecat atau menggantung jawatan mana-mana pengarah orang terjejas atau melantik orang lain untuk bertindak sebagai pengarah orang terjejas walau apa pun mana-mana undang-undang atau dokumen konstituen orang terjejas;
kuasa untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas;
kuasa untuk merujuk kepada timbang tara apa-apa persoalan yang melibatkan orang terjejas;
kuasa untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak orang terjejas;
kuasa untuk memeringkat dan menuntut dalam
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 195
kebankrapan, ketaksolvenan atau pelikuidasian mana-mana orang yang berhutang kepada orang terjejas dan untuk menerima dividen atau pulangan, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang orang terjejas;
kuasa untuk mengemukakan atau membela petisyen untuk penggulungan orang terjejas, dan untuk memulakan penggulungan orang terjejas secara sukarela; dan
kuasa untuk melakukan semua benda lain yang perlu untuk atau bersampingan dengan penjalanan kuasa yang disebut terdahulu.