174. Penyiasatan urusan dan hal ehwal
Feedback & supportKonservator boleh menghendaki mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2), dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh konservator, untuk menentusahkan dan mengemukakan kepada konservator suatu pernyataan tentang urusan dan hal ehwal orang terjejas dalam bentuk yang ditentukan oleh konservator yang mengandungi—
butiran aset dan liabiliti orang terjejas;
nama dan alamat pemiutang orang terjejas;
cagaran yang dipegang oleh pemiutang orang terjejas yang disebut dalam perenggan (1)(b);
tarikh cagaran yang disebut dalam perenggan (1)(c) telah diberikan;
suatu akuan berkanun yang dibuat menurut peruntukan
*Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13], mengisytiharkan maklumat dalam pernyataan hal ehwal itu sebagai benar dan betul; dan
apa-apa maklumat lanjut atau maklumat lain sebagaimana
*CATATAN—Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] telah disemak dan dinamakan sebagai Akta Akuan
Berkanun 1960 [Akta 783] m.b.p. 17 November 2016
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 199
yang dikehendaki oleh konservator.
Konservator boleh menghendaki orang yang berikut supaya menentusahkan dan mengemukakan pernyataan urusan dan hal ehwal yang disebut dalam subseksyen (1):
orang yang menjadi atau pernah menjadi pegawai orang terjejas;
orang yang pernah mengambil bahagian dalam pembentukan orang terjejas pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan konservator itu; atau
orang yang dalam penggajian orang terjejas atau pernah berada dalam penggajian orang terjejas dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan konservator yang, pada pendapat konservator, mempunyai maklumat yang dikehendaki.
Konservator boleh pada bila-bila masa melepaskan seseorang daripada apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya di bawah subseksyen (1) atau (2).
Konservator hendaklah, apabila fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini tamat, memulangkan kepada orang terjejas apa-apa buku, pernyataan, rekod, akaun atau dokumen lain atau apa-apa jua yang disebut di bawah subseksyen 173(1), seksyen ini dan seksyen 175.
Dalam seksyen ini, “penggajian” termasuklah penggajian di bawah suatu kontrak untuk perkhidmatan.