178. Penafian tuntutan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), jika mana-mana bahagian aset orang terjejas terdiri daripada—
apa-apa kepentingan dalam tanah yang mengandungi waad yang membebankan;
syer dalam perbadanan;
kontrak yang tidak menguntungkan; atau
apa-apa aset lain yang tidak boleh dijual atau tidak sedia untuk dijual, oleh sebab ia mengikat pemiliknya kepada pelaksanaan apa-apa tindakan yang membebankan atau kepada pembayaran apa-apa jumlah wang, konservator boleh dalam tempoh dua belas bulan selepas dia menyedari akan mana-mana aset yang tersebut di atas, menafikan tuntutan mana-mana aset sedemikian.
Hak mana-mana orang yang terjejas oleh konservator menurut penjalanan kuasanya untuk menafikan tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu dan apa-apa pampasan kepada orang itu hendaklah ditarafkan sebagai suatu hutang tidak bercagar.
202
Undang-Undang Malaysia
Konservator boleh tidak menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) untuk menafikan tuntutan apa-apa kontrak pasaran.
Bagi maksud subseksyen (3), suatu “kontrak pasaran”
mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan hendaklah termasuk kontrak niaga hadapan yang diniagakan dalam pasaran derivatif yang dijelaskan melalui suatu pusat penjelasan yang diluluskan.