184. Konservator hendaklah menyediakan cadangan
Feedback & supportKonservator hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat pelantikannya, menyediakan dan mengemukakan kepada Perbadanan suatu cadangan yang membentangkan rancangan konservator berkenaan dengan orang terjejas.
Cadangan konservator atau mana-mana pengubahsuaian kepada cadangan di bawah seksyen 187 boleh termasuk mana-mana peruntukan sebagaimana yang difikirkan patut oleh konservator.
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan itu boleh termasuk peruntukan untuk—
suatu kompromi atau perkiraan antara orang terjejas dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutangnya atau antara orang terjejas dengan pemegang syernya atau mana-mana kelas pemegang syernya atau antara orang terjejas dengan penghutangnya atau mana-mana kelas penghutangnya;
pengubahan atau pengurangan keseluruhan atau sebahagian modal syer orang terjejas;
jualan keseluruhan atau sebahagian aku janji atau aset orang terjejas;
pemindahan kepada mana-mana syarikat akan keseluruhan atau mana-mana bahagian aku janji, aset atau liabiliti orang terjejas;
penerusan oleh atau terhadap syarikat yang disebut dalam perenggan (d) akan mana-mana prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap orang terjejas;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 209
penggulungan atau pembubaran tanpa penggulungan orang terjejas; atau
mana-mana peruntukan lain yang perlu untuk memastikan cadangan atau rancangan konservator atau mana-mana kompromi, perkiraan, penyusunan semula atau percantuman berkenaan dengan orang terjejas hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan secara berkesan.
Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh konservator dan, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pengemukaan cadangan itu atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, meluluskan atau menolak cadangan itu.