189. Penolakan atau pemberhentian cadangan
Feedback & supportJika Perbadanan mengarahkan konservator untuk tidak meneruskan cadangan atau selainnya memberhentikan pelaksanaan cadangan di bawah seksyen 188 atau cadangan itu tidak diluluskan di bawah seksyen 185 atau 187, Perbadanan boleh menimbangkan opsyen lain untuk menguruskan pengurusan dan pelupusan aset orang terjejas dan boleh—
meminta konservator untuk mengemukakan suatu cadangan baru;
membatalkan moratorium yang dikenakan di bawah seksyen 179; atau
melantik seorang konservator gantian.
Walau apa pun subseksyen (1), Perbadanan boleh pada bila-bila masa menamatkan pelantikan seorang konservator dan pentadbirannya jika pada pendapatnya penerusan pentadbiran itu tidak akan lagi mencapai matlamat yang dinyatakan dalam subseksyen 161(1).
Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (1)
atau (2) adalah muktamad dan mengikat.