188. Syarat kelulusan kawal selia
Feedback & supportJika—
kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki untuk melaksanakan cadangan itu; atau
kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki untuk melaksanakan apa-apa ubah suaian yang dicadangkan kepada cadangan itu, dan syarat kelulusan dikenakan oleh badan kawal selia itu, Perbadanan boleh, walau pun pemiutang bercagar orang terjejas telah bersetuju dengan cadangan di bawah perenggan seksyen 185 atau 187, mengarahkan konservator untuk tidak meneruskan cadangan itu atau selainnya memberhentikan pelaksanaan cadangan itu jika Perbadanan berpendapat bahawa syarat kelulusan sedemikian adalah bukan demi kepentingan orang terjejas.
216
Undang-Undang Malaysia
Keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat orang terjejas, semua pemegang syer dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau notis mengenai cadangan itu.