Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

179. Moratorium

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (6), dengan pelantikan konservator, suatu moratorium hendaklah berkuat kuasa yang dalam tempoh itu—

(a)

tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan terhadap Perbadanan, konservator atau orang terjejas;

(b)

apa-apa petisyen untuk penggulungan orang terjejas hendaklah ditolak oleh Mahkamah Tinggi;

(c)

tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan orang terjejas, kecuali jika konservator mengambil apa-apa langkah untuk melaksanakan suatu cadangan di bawah Bahagian ini;

(d)

tiada penerima, pengurus, penerima dan pengurus atau pelikuidasi interim boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah tamat dengan serta merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya;

(e)

tiada langkah boleh diambil—

(i)

untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas mana-mana aset orang terjejas;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 203

(ii)

untuk menguatkuasakan apa-apa penghakiman atau award atau perintah ke atas orang terjejas atau mana-mana aset orang terjejas;

(iii)

untuk memiliki semula apa-apa aset dalam milikan, jagaan atau kawalan orang terjejas; atau

(iv)

untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada orang terjejas berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap orang terjejas, kecuali dengan persetujuan bertulis Perbadanan terlebih dahulu;

(f)

tiada tindakan, guaman, prosiding, pelaksanaan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap orang terjejas atau asetnya kecuali dengan persetujuan bertulis Perbadanan terlebih dahulu;

(g)

apa-apa permohonan yang dibuat di bawah Akta

Syarikat 2016 berkenaan dengan apa-apa kompromi atau perkiraan yang melibatkan orang terjejas dan pemiutangnya atau pemegang syernya atau mana-mana kelasnya hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan menurut mana-mana peruntukan

Akta Syarikat 2016 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta merta; dan

(h)

tiada tindakan, guaman, prosiding, pelaksanaan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang yang menyediakan suatu jaminan atau yang bertindak sebagai seorang penjamin bagi liabiliti orang terjejas kecuali dengan persetujuan bertulis

Perbadanan terlebih dahulu.

(2)

Tempoh moratorium yang diperuntukkan dalam subseksyen (1)

hendaklah bagi suatu tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh

204

Undang-Undang Malaysia pelantikan konservator dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh

Perbadanan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Perbadanan boleh melanjutkan moratorium itu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh Perbadanan bagi membolehkan konservator menyediakan atau melaksanakan suatu cadangan di bawah Bahagian ini.

(4)

Jika tempoh moratorium itu dilanjutkan menurut subseksyen (3), suatu notis mengenai pelanjutan itu hendaklah disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(5)

Perbadanan tidaklah bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi berkenaan dengan sesuatu keengganan untuk memberikan persetujuannya di bawah subseksyen (1).

(6)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah daripada dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia di bawah mana-mana undang-undang terhadap orang terjejas.

(7)

Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah seksyen ini adalah muktamad dan mengikat.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules