Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

180. Perjanjian kewangan yang layak dengan orang terjejas

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 166, jika seorang konservator telah dilantik untuk mentadbirkan orang terjejas, tiada seorang pun yang menjadi pihak balas kepada suatu perjanjian kewangan yang layak dengan orang terjejas boleh menamatkan perjanjian itu, menjalankan apa-apa hak tolakan di bawah perjanjian itu atau menjalankan apa-apa remedi atau hak terhadap orang terjejas atau asetnya dan tiada peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang memperuntukkan mana-mana yang disebut terdahulu boleh dikuatkuasakan atau memberi kesan melainkan jika ditentukan sebaliknya oleh Perbadanan secara bertulis dalam apa-apa tempoh berikutan pelantikan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 205

konservator sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan oleh Perbadanan.

(2)

Jika Perbadanan menyetujui pemindahan suatu perjanjian kewangan yang layak dengan orang terjejas kepada seorang pihak ketiga yang layak, tiada seorang pun yang menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu boleh menamatkan perjanjian itu, menjalankan apa-apa hak tolakan di bawah perjanjian itu atau menjalankan apa-apa remedi atau hak terhadap orang terjejas atau asetnya dan tiada peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang memperuntukkan mana-mana yang disebut terdahulu boleh dikuatkuasakan atau memberi kesan semata-mata oleh sebab pemindahan itu atau pelantikan konservator itu.

(2A)

Jika seseorang menjadi pihak balas bagi dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian kewangan yang layak dengan orang terjejas yang sama, konservator hanya boleh memindahkan kepada suatu institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak semua atau tidak satu pun transaksi kewangan yang layak antara orang terjejas dan orang itu.

(3)

Jika suatu perjanjian kewangan yang layak ialah suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa-apa harta orang terjejas, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada pihak ketiga yang layak.

(4)

Jika suatu perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan mengikut seksyen ini dan orang yang menjadi pihak balas boleh menamatkan perjanjian itu mengikut termanya tetapi belum berbuat demikian, Perbadanan boleh mengisytiharkan melalui notis bertulis bahawa perjanjian itu ditamatkan, dalam hal sedemikian, dan walaupun terdapat apa-apa terma yang bertentangan dalam perjanjian itu, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditamatkan oleh pihak balas itu.

(5)

Perbadanan boleh memindahkan suatu perjanjian kewangan yang layak kepada seorang pihak ketiga yang layak melalui suatu surat cara pindah milik yang dikeluarkan mengikut Jadual Kedua dan ia

206

Undang-Undang Malaysia hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas dengannya.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules