Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

170. Pegawai orang terjejas hendaklah melaksanakan atau menjalankan fungsi dengan kelulusan bertulis

Feedback & support
(1)

Jika seorang konservator telah dilantik, tiada seorang pun, termasuk lembaga pengarah orang terjejas, selain konservator, boleh melaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan atau menjalankan fungsi sebagai seorang pegawai orang terjejas, kecuali dengan kelulusan bertulis konservator terlebih dahulu.

(2)

Jika konservator meluluskan pelaksanaan atau penjalanan sesuatu fungsi oleh pegawai orang terjejas mengikut subseksyen (1), konservator hendaklah membayar kepada pegawai itu apa-apa fi atau saraan lain sebagaimana yang ditentukan dengan munasabah oleh konservator.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2)

dan walau apa pun mana-mana undang-undang atau kontrak lain, tiada apa-apa jua pun jenis saraan akan terakru atau boleh dibayarkepada mana-mana pegawai orang terjejas kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh konservator itu berhubung dengan mana-mana aktiviti yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh konservator bagi tempoh pentadbiran orang terjejas.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), konservator berhak untuk menjalankan segala fungsi lembaga pengarah orang terjejas.

(5)

Dalam seksyen ini, seseorang pekerja orang terjejas tidak boleh ditafsirkan sebagai seorang pegawai semata-mata kerana dia ialah pekerja orang terjejas.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules