Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

181. Mendapatkan balik balasan wang daripada aset yang diperoleh atau dijual sebelum pelantikan konservator

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen ini—

“balasan wang”, berhubung dengan suatu pemerolehan atau jualan oleh orang terjejas, ertinya balasan bagi pemerolehan atau jualan yang kena dibayar selain melalui pengeluaran syer oleh orang terjejas;

“pengarah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Syarikat 2016;

“nilai aset” termasuklah nilai bagi apa-apa nama baik atau keuntungan yang mungkin diperoleh daripada aset atau balasan yang seumpama.

(2)

Jika mana-mana aset telah diperoleh oleh orang terjejas untuk balasan wang dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan seorang konservator di bawah Akta ini—

(a)

daripada seorang yang pada masa pemerolehan itu, ialah seorang pengarah bagi orang terjejas; atau

(b)

daripada suatu syarikat yang baginya pada masa pemerolehan itu, seorang yang menjadi pengarahnya adalah juga pengarah bagi orang terjejas, konservator boleh mendapatkan balik daripada orang atau syarikat yang daripadanya aset itu telah diperoleh apa-apa amaun yang balasan wang bagi pemerolehan itu melebihi nilai aset itu pada masa pemerolehannya.

(3)

Jika apa-apa aset telah dijual oleh orang terjejas bagi sesuatu balasan wang dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan seorang konservator di bawah Akta ini—

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 207

(a)

kepada seorang yang pada masa jualan, ialah seorang pengarah bagi orang terjejas; atau

(b)

kepada suatu syarikat yang baginya pada masa jualan, seorang yang menjadi pengarahnya adalah juga pengarah bagi orang terjejas, konservator boleh mendapatkan balik daripada orang atau syarikat yang kepadanya aset itu telah dijual apa-apa amaun yang nilai aset itu ketika jualan melebihi balasan wang.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules