185. Mesyuarat pemiutang bercagar
Feedback & supportKonservator hendaklah, selepas kelulusan bagi cadangan oleh Perbadanan, menghantar melalui pos berdaftar bayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh konservator—
suatu salinan cadangan itu;
jika
Perbadanan menyifatkannya sesuai, suatu memorandum daripada Perbadanan yang membentangkan apa-apa perkara yang pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkan cadangan itu; dan
suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Suatu mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas hendaklah diadakan dalam tempoh empat belas hari selepas pengeluaran notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar di bawah subseksyen (1).
210
Undang-Undang Malaysia
Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan di bawah subseksyen (2) hendaklah memutuskan sama ada untuk meluluskan atau menolak cadangan itu.
Jika—
majoriti pemiutang bercagar mengikut nilaian, yang hadir dan mengundi, sama ada dengan sendiri atau melalui proksi, pada mesyuarat itu meluluskan cadangan itu; atau
tiada pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh konservator dan Perbadanan meluluskan cadangan itu di bawah subseksyen 184(4), cadangan itu, termasuk cadangan sebagaimana ia diubahsuaikan kemudiannya di bawah seksyen 187, hendaklah mengikat orang terjejas, semua pemegang syer dan pemiutang orang terjejas atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau notis mengenai cadangan itu.
Bagi maksud perenggan (4)(a), suatu resolusi untuk meluluskan cadangan itu dengan apa-apa ubah suaian hendaklah disifatkan sebagai suatu penolakan cadangan itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang—
kelulusan atau pelaksanaan suatu cadangan di bawah subseksyen (4), termasuk cadangan sebagaimana ia boleh diubahsuaikan kemudiannya di bawah seksyen 187, tidak boleh melepaskan mana-mana cagaran yang diperuntukkan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apa kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh orang terjejas kepada mana-mana pemiutang orang terjejas kecuali mengikut apa-apa cara dan setakat yang diperuntukkan dalam cadangan itu; dan
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam cadangan itu setiap cagaran, kewajipan atau liabiliti sedemikian bagi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 211
orang yang memperuntukkan cagaran itu hendaklah sentiasa sah dan berkuat kuasa terhadap orang itu walau apa pun kelulusan atau pelaksanaan cadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana ia diubahsuaikan kemudiannya di bawah seksyen 187, atau mana-mana kompromi, perkiraan, penyusunan semula atau percantuman berkaitan dengan orang terjejas.
Kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang bercagar orang terjejas mengenai mesyuarat pemiutang bercagar tidak boleh menidaksahkan mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (2)
atau resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat itu.
Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan ialah pemiutang bercagar orang terjejas, Perbadanan adalah berhak untuk menghadiri dan mengundi pada mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan oleh konservator di bawah subseksyen (2) atau seksyen 187.