187. Pengubahsuaian kepada cadangan
Feedback & supportKonservator boleh pada bila-bila masa selepas—
cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 185; atau 214
Undang-Undang Malaysia
jika tiada pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator, kelulusan cadangan itu oleh Perbadanan di bawah subseksyen 184(4), mencadangkan ubah suaian kepada cadangan itu.
Jika Perbadanan berpandangan bahawa ubah suaian yang dicadangkan tidak berbeza secara substansial daripada cadangan pemiutang bercagar di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah memutuskan keperluan untuk mengadakan suatu mesyuarat pemiutang bercagar untuk menimbangkan cadangan ubah suaian yang dicadangkan itu.
Keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2) adalah muktamad, konklusif dan mengikat konservator, orang terjejas, kesemua pemegang syer dan pemiutang orang terjejas dan orang lain yang terjejas oleh cadangan itu sama ada orang itu mempunyai pengetahuan atau notis mengenai cadangan yang diubahsuaikan itu.
Sekiranya Perbadanan memutuskan bahawa adalah perlu untuk mengadakan suatu mesyuarat pemiutang bercagar untuk menimbangkan ubah suaian yang dicadangkan, Perbadanan hendaklah melalui notis bertulis memberitahu konservator mengenai keperluan untuk mengadakan mesyuarat itu.
Konservator hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh penerimaan notis daripada Perbadanan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan dalam notis itu, mengadakan suatu mesyuarat.
Konservator hendaklah, sebelum mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (5), menghantar melalui pos berdaftar bayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir setiap pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator—
suatu salinan ubah suaian yang dicadangkan itu;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 215
jika Perbadanan menyifatkan sesuai, suatu memorandum daripada Perbadanan menyatakan apa-apa perkara yang pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkan ubah suaian yang dicadangkan itu; dan
suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi ubah suaian yang dicadangkan dalam seksyen ini.
Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas untuk menimbangkan ubah suaian yang dicadangkan itu hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 185.
Tanpa menjejaskan seksyen 188, pematuhan mana-mana syarat kelulusan yang dikenakan oleh suatu badan kawal selia tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu ubah suaian kepada cadangan bagi maksud seksyen ini.