Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

186. Pelaksanaan cadangan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 185, 187 dan 188, konservator hendaklah melaksanakan cadangan itu mengikut termanya.

(2)

Konservator hendaklah—

(a)

dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 185;

(b)

jika tiada pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu oleh Perbadanan di bawah subseksyen 184(4); atau

(c)

dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan di bawah subseksyen 184(4),

212

Undang-Undang Malaysia menyebabkan disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, kelulusan cadangan itu dan masa serta tempat bagi mana-mana pemiutang orang terjejas untuk memeriksa butiran mengenai cadangan itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, suatu cadangan yang diluluskan atau diubahsuaikan di bawah

Akta ini boleh dilaksanakan, dan konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan melakukan segala benda yang perlu untuk menjalankan dan melaksanakan dengan sepenuhnya dan secara berkesan cadangan atau mana-mana bahagian cadangan itu tanpa memerlukan apa-apa notis kepada atau kelulusan atau persetujuan mana-mana pemegang syer, pemiutang orang terjejas atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu atau kelulusan atau pengesahan oleh mahkamah, dan apa-apa notis, kelulusan, persetujuan atau pengesahan sedemikian, sama ada dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, kontrak atau selainnya, hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan atau didapati dengan sewajarnya.

(4)

Jika mana-mana bahagian aset orang terjejas adalah tertakluk pada hak pemiutang bercagar atau mana-mana orang lain dan suatu cadangan telah diluluskan di bawah Akta ini, konservator berhak untuk menguruskan aset sedemikian mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(5)

Konservator hendaklah menggunakan semua hasil terealisasi dalam pelaksanaan cadangan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(6)

Jika seorang konservator memindahmilikkan aset atau liabiliti menurut suatu cadangan, maka aset itu hendaklah dipindahmilikkan dan diletak hak pada, dan liabiliti itu hendaklah dipindahmilikkan kepada dan menjadi liabiliti, penerima pindah milik, bebas dalam hal mana-mana aset tertentu jika cadangan itu mengarahkan sedemikian, daripada mana-mana gadaian, kaveat atau bebanan lain.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 213

(7)

Walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau subsidiarinya boleh memperoleh mana-mana aset atau sekuriti yang dikeluarkan oleh, orang terjejas.

(8)

Walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang, konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu untuk memberi kesan kepada dan untuk melaksanakan cadangan yang diluluskan mengikut seksyen 184

dan 185 atau diubahsuaikan mengikut seksyen 187.

(9)

Jika suatu cadangan memberi kesan kepada modal syer orang terjejas, konservator hendaklah dalam tempoh empat belas hari selepas cadangan itu diluluskan mengikut Bahagian ini, memberitahu

Pendaftar Syarikat bagaimana cadangan itu menjejaskan modal syer orang terjejas.

(10)

Suatu notis di bawah subseksyen (9) hendaklah dalam borang sebagaimana yang ditetapkan di bawahAkta Syarikat 2016.

(11)

Apabila suatu notis diserahkan di bawah subseksyen (9), kesemua kehendak di bawah Akta Syarikat 2016 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan dengan perubahan dalam modal syer orang terjejas hendaklah disifatkan telah dipatuhi dan, berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam cadangan itu, modal syer orang terjejas hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(12)

Dengan serahan notis di bawah subseksyen (9), butiran yang ditunjukkan dalam notis itu hendaklah disifatkan sebagai menggantikan butiran yang bersamaan dengannya dalam dokumen konstituen orang terjejas.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules