Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

176. Hak konservator ke atas aset orang terjejas

Feedback & support
(1)

Konservator boleh menghendaki mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan atau kawalannya aset, buku, rekod, akaun atau dokumen lain yang orang terjejas ternyata berhak kepadanya supaya menyampaikan, memberikan, menyerahkan atau memindahkan aset, buku, rekod, akaun atau dokumen lain kepada konservator dengan serta merta atau dalam apa-apa tempoh yang diarahkan oleh konservator dan orang itu hendaklah dengan serta merta menyampaikan, memberikan, menyerahkan atau memindahkan aset, buku, rekod, akaun atau dokumen lain itu kepada konservator.

(2)

Jika konservator menyita apa-apa aset yang bukan aset orang terjejas dan pada masa penyitaan itu, mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa dia berhak untuk menyita aset itu, maka konservator tidak bertanggungan kepada

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 201

mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penyitaan itu melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan dengan sengaja oleh konservator atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya atau oleh kecuaian konservator sendiri.

Report

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules