Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
48. Pemakaian Bahagian ini
Feedback & supportBahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang menyentuh perkhidmatan penerbangan, kedua-duanya di dalam dan, tertakluk kepada subseksyen (2), di luar Malaysia.
Berhubung dengan pemakaian Bahagian ini di luar Malaysia,
Bahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dibuat atau dilaksanakan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Bahagian ini tidak terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Bagi maksud Bahagian ini, “aktiviti komersial” ertinya apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk—
apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung, dalam penjalanan kuasa kerajaan;
apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan
apa-apa pembelian perkhidmatan penerbangan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.