Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
49. Perjanjian yang dilarang
Feedback & supportSuatu perjanjian antara perusahaan dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat
50
Undang-Undang Malaysia atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan yang mempunyai matlamat untuk—
menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain;
berkongsi pasaran perkhidmatan penerbangan atau punca bekalan;
membataskan atau mengawal―
pengeluaran;
saluran keluar pasaran atau capaian pasaran;
pembangunan teknikal atau teknologi; atau
pelaburan; atau
melakukan suatu perbuatan tipuan bida, berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan, disifatkan mempunyai matlamat untuk menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.
Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.