Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

55. Pemberitahuan percantuman yang dijangkakan

Feedback & support
(1)

Suatu pihak kepada percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan yang memohon supaya percantuman yang dijangkakan dipertimbangkan di bawah seksyen ini boleh—

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 59

(a)

memberitahu Suruhanjaya mengenai percantuman yang dijangkakan itu; dan

(b)

memohon kepadanya bagi suatu keputusan.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 59 dan 62, atas suatu permohonan di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh membuat keputusan mengenai—

(a)

sama ada larangan dalam seksyen 54 akan dilanggar oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan;

dan

(b)

jika larangan tidak dilanggar, sama ada hal sedemikian adalah―

(i)

disebabkan oleh kesan suatu pengecualian yang akan terpakai jika percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan;

(ii)

disebabkan oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, dikecualikan oleh Menteri daripada pemakaian larangan di bawah subseksyen 59(2); atau

(iii)

disebabkan oleh suatu aku janji telah diterima menurut seksyen 62.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), jika Suruhanjaya membuat keputusan bahawa suatu percantuman yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan dalam seksyen 54,

Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya patut, menyatakan bahawa keputusan itu hendaklah sah hanya bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya.

(4)

Sebelum tamatnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (3), jika ada, suatu permohonan boleh dibuat oleh kesemua pihak kepada percantuman yang dijangkakan itu yang memohon kepada

60

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya untuk suatu keputusan mengenai percantuman yang dijangkakan di bawah seksyen ini supaya tempoh itu dilanjutkan.

(5)

Jika suatu permohonan bagi percantuman yang dijangkakan untuk dipertimbangkan telah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut subseksyen (1) dan percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan sebelum Suruhanjaya membuat keputusan di bawah subseksyen (2)

berkenaan dengannya, permohonan yang berhubungan dengan percantuman yang dijangkakan itu―

(a)

boleh dianggap oleh Suruhanjaya seolah-olah ia adalah permohonan bagi percantuman yang berbangkit yang hendak dipertimbangkan yang dibuat mengikut seksyen 56;

dan

(b)

Suruhanjaya boleh membuat keputusan di bawah seksyen 56

berkenaan dengan percantuman yang berbangkit itu.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan di bawah subperenggan 56(2)(b)(ii) walaupun pengecualian diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 59(2)

berkenaan dengan percantuman yang dijangkakan itu.

(7)

Walau apa pun subseksyen (5), Suruhanjaya boleh menolak untuk membuat apa-apa keputusan berkenaan dengan percantuman yang disebut dalamnya dan menghendaki mana-mana pihak yang terlibat dalam percantuman itu memohon kepada Suruhanjaya supaya percantuman itu dipertimbangkan di bawah subseksyen 56(1).

(8)

Dalam seksyen ini, “percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan” ertinya suatu percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang diperihalkan oleh garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 65(2)(c).

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 61

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules