Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
53. Penyalahgunaan kedudukan dominan dilarang
Feedback & supportSuatu perusahaan dilarang untuk terlibat, sama ada secara sendirian atau kolektif, dalam apa-apa perlakuan yang berupa suatu penyalahgunaan kedudukan dominan dalam mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan.
Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan yang menyatakan jenis perlakuan yang akan atau tidak dilarang di bawah subseksyen (1).
Seksyen ini tidak melarang suatu perusahaan yang berada dalam kedudukan dominan daripada mengambil apa-apa langkah yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah atau merupakan suatu respons komersial yang munasabah terhadap kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran seorang pesaing.
Hakikat bahawa bahagian pasaran mana-mana perusahaan adalah mengatasi atau di bawah apa-apa peringkat tertentu tidak dengan sendirinya boleh dianggap sebagai konklusif tentang sama ada perusahaan itu berada, atau tidak berada, pada suatu kedudukan dominan dalam pasaran itu.