Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

57. Langkah interim

Feedback & support
(1)

Seksyen ini terpakai jika Suruhanjaya telah memulakan tetapi belum menyiapkan penyiasatan di bawah seksyen 83.

(2)

Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana larangan di bawah Bahagian ini telah dilanggar atau mungkin akan dilanggar dan Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah seksyen ini oleh sebab perkara keterdesakan bagi maksud—

(a)

menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki, dari segi ekonomi atau selainnya, kepada seseorang atau suatu kategori orang tertentu; atau

(b)

melindungi kepentingan awam,

Suruhanjaya boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya sesuai dan bersekadar bagi maksud itu.

(3)

Suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk menghendaki atau menyebabkan mana-mana orang―

(a)

untuk menggantung kuat kuasa, dan menghentikan daripada bertindak mengikut, mana-mana perjanjian yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah

Bahagian ini;

(b)

untuk menghentikan daripada apa-apa perlakuan yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah

Bahagian ini; atau

(c)

untuk melakukan, atau menahan diri daripada melakukan, apa-apa perbuatan, tetapi yang tidak menghendaki pembayaran wang.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 63

(4)

Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu arahan di bawah subseksyen (2)―

(a)

menyampaikan suatu notis kepada orang yang kepadanya Suruhanjaya bercadang untuk memberikan arahan itu; dan

(b)

memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dari tarikh notis itu.

(5)

Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menunjukkan jenis arahan yang dicadangkan untuk diberikan oleh Suruhanjaya dan sebab-sebab bagi pemberian arahan itu.

(6)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa menarik balik suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2).

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (6), mana-mana arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh keputusan oleh Suruhanjaya selepas siap siasatan di bawah seksyen 83; atau

(b)

dua belas bulan dari tarikh arahan itu diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules