Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
64. Hak tindakan persendirian
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang mengalami kehilangan atau kerugian secara langsung akibat suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Bahagian ini mempunyai hak tindakan bagi relief dalam prosiding sivil dalam mahkamah di bawah seksyen ini terhadap mana-mana perusahaan yang adalah atau pada masa material itu menjadi suatu pihak kepada pelanggaran itu.
(2)
Tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mengira sama ada orang itu berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan perusahaan itu.