Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

51. Pengecualian individu

Feedback & support
(1)

Suatu perusahaan boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk suatu pengecualian berkenaan dengan suatu perjanjian tertentu bagi larangan di bawah seksyen 49.

(2)

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, memberikan pengecualian itu jika, pada pendapat Suruhanjaya, perjanjian itu ialah satu perjanjian yang baginya seksyen 50 terpakai.

(3)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian individu”.

(4)

Pengecualian individu yang diberikan oleh Suruhanjaya boleh—

(a)

tertakluk kepada apa-apa syarat atau obligasi yang difikirkan sesuai untuk dikenakan oleh Suruhanjaya; dan 52

Undang-Undang Malaysia

(b)

bagi suatu tempoh terhad yang dinyatakan dalam perintah itu.

(5)

Suatu pengecualian individu boleh memperuntukkan bahawa pengecualian itu akan berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

(6)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa―

(a)

terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan dari masa apabila Suruhanjaya memberikan pengecualian individu itu; atau

(b)

suatu obligasi telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta―

(i)

membatalkan pengecualian individu itu;

(ii)

mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi;

atau

(iii)

mengenakan syarat atau obligasi tambahan.

(7)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa―

(a)

maklumat yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam hal perkara material; atau

(b)

apa-apa syarat telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan pengecualian individu itu.

(8)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (6) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 53

(9)

Suatu pengecualian individu yang dibatalkan―

(a)

menurut kuasa perenggan (7)(a) adalah terbatal ab initio;

atau

(b)

menurut kuasa perenggan (7)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules